Monday, August 10, 2009

Ibu tunggal terima cek pampasan lebih RM 36,000





Gambar hiasan tiada kaitan dengan berita



Ibu tunggal terima cek pampasan insurans lebih RM36,000

10 Aug 2009



KUANTAN 8 Ogos - Seorang ibu tunggal, Rozita Mohamed, 46, menerima pampasan insurans sebanyak RM36,094.14 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful) berikutan kematian suaminya pada 23 Mac lalu.

Ibu kepada tiga orang anak berusia 15 hingga 22 tahun itu, menerima pampasan tersebut bagi pihak suaminya, Hazmi Hamzah yang meninggal dunia akibat kerosakan hati.

Cek pampasan itu disampaikan oleh Penolong Naib Presiden Jualan Agensi Keluarga Takaful, Shamsul Bahrin Sugiman dan disaksikan oleh Pengurus Cawangan, Zainal Rahmat Md. Zain pada satu majlis di pejabat syarikat itu di Jalan Beserah di sini baru-baru ini.

Menurut Rozita, Allahyarham suaminya meninggal dunia ketika berusia 47 tahun dan bertugas sebagai anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dekat sini.

Katanya, Allahyarham yang berasal dari Seberang Marang, Terengganu tidak menyedari bahawa dia menghidap penyakit tersebut dan telah meninggal dunia selepas sebulan berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, kehilangan suaminya secara mengejut membuatkan dia dan anak-anak bagaikan hilang arah.

''Namun, saya bersyukur kerana arwah sentiasa beringat demi masa depan saya dan anak-anak dengan mencarum dengan Takaful," katanya di sini.

Sementara itu, Pengurus Agensi Insan Mesra Takaful, Azizal Ahmad berkata, pelaburan yang di buat oleh Allahyarham dapat membantu meringankan beban keluarganya.

''Justeru, menjadi tanggungjawab pihak kami untuk menyegerakan proses pembayaran kepada pencarum," katanya.


p/s Bagaimana anda sudah membuat persediaan menghadapi sebarang risiko ?

No comments:

Post a Comment