Sunday, August 2, 2009

Jururawat menghidap kanser terima RM 20,000.00 daripada Takaful Ikhlas













Jururawat menghidap kanser terima RM20,000


27 Jul 2009


DUNGUN 26 Julai - Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.


Jama'iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.


''Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.


"Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.


Jamai'yah yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Pergigian Bukit Tunggal sejak 11 tahun lalu, telah menjalani dua kali pembedahan dan kini menerima rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Ujar ibu kepada empat orang anak itu, dia telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kemoterapi dan masih berbaki dua kali rawatan.


"Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu menjalani rawatan ini dan berapa kos yang perlu ditanggung. Saya bersyukur menerima tuntutan ini," jelasnya.


Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Ikhlas Bahagian Wilayah Timur, Azhar Mohammed berkata, ini merupakan kes pertama di negeri Terengganu yang melibatkan pemberian tuntutan kepada pesakit kanser.


Jelasnya, ini kerana tidak ramai rakyat Terengganu yang mengambil insurans pelindungan.
Oleh itu, ujarnya, menerusi skim insurans yang ditawarkan oleh Takaful ikhlas itu, mereka boleh menikmati pelbagai faedah.


"Selain tanggungan perubatan, mereka juga boleh mencarum untuk simpanan," jelasnya.


Utusan Malaysia

ANDA BILA LAGI ? HUBUNGI 019 303 9645 - Kamarul Takaful Ikhlas

No comments:

Post a Comment