Saturday, June 12, 2010

Plan perlindungan serta simpanan paling istimewa untuk wanita










IKHLAS WANITA TAKAFUL
(Pelan perlindungan beserta simpanan berlandaskan syariah yang komprehensif khusus untuk wanita)







Pelan IKHLAS Wanita Takaful direkacipta komprehensif khas untuk wanita bagi meniti kehidupan moden yang semakin mencabar. Ia dibuka penyertaannya bagi peserta yang berumur 16 tahun sehingga 50 tahun. Tempoh perlindungan adalah maksima sehingga peserta tersebut berumur 65 tahun.



Terdapat 4 pilihan pelan untuk dipilih oleh peserta sesuai dengan keperluan dan kemampuan peserta tersebut.



Pelan-pelan RIDER boleh ditambahkan kepada pelan ini seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability, waiver of contribution dll.



Ciri-ciri pelan IKHLAS Wanita Takaful adalah seperti berikut:



Manfaat-manfaat
Jumlah Perlindungan

Pelan A
Pelan B
Pelan C
Pelan D

1
Had Seumur Hidup [1]
50,000
100,000
50,000
100,000

2
Ciri-ciri utama:

a) Kanser Wanita

i. Kanser Payu Dara

ii. Serviks Uteri

iii. Tiub Filopia

iv. Ovari

v. Uterus

vi. Vagina/Vulva
100%
100%

b) Eritematosus Lupus Sistemik (SLE) Bersama Lupus Nefritis
100%
100%

c) Artritis Reumatoid Dengan Komplikasi
100%
100%

d) Pembedahan Rekonstruktif Muka Akibat Kemalangan
Bayaran balik sehingga 30%
Bayaran balik sehingga 30%

e) Pembedahan Kulit Akibat Luka Terbakar
Bayaran balik sehingga 30%
Bayaran balik sehingga 30%

f) Pembedahan Kulit Akibat Kanser Kulit
Bayaran balik sehingga 30%
Bayaran balik sehingga 30%

g) Karsinoma-In-Situ (Payu Dara dan Serviks Uteri)
30%
30%

h) Pembedahan Rekonstruktif Payu Dara Akibat Kemalangan
Bayaran balik sehingga 30%
Bayaran balik sehingga 30%

i) Komplikasi Kehamilan

i. Penyebaran Penggumpalan Intravaskular [2]

ii. Kehamilan Ektopik

iii. Mol Hidatidiform (Kandungan Molar)

iv. Lahir Mati [3]

v. Kematian Neonatal [4]
30%
0%

j) Penyakit Kongenital Bayi

i. Kecacatan Ventrikular Septum

ii. Kecacatan Atrium Septum

iii. Sindrom Down

iv. Spina Bifida

v. Tetralogi Fallot

vi. Tranposisi Pembuluh Utama
30%
0%

3
Ciri-ciri Tambahan:

a) Manfaat Perkahwinan Pertama

b) Manfaat Kelahiran Anak

c) Manfaat Kematian Pasangan

d) Manfaat Berhenti Kerja Paksa




3% setiap kejadian, tertakluk kepada 2 kejadian untuk setiap hayat




3% setiap kejadian, tertakluk kepada 2 kejadian untuk setiap hayat

4
Manfaat Kematian Biasa
100%
100%

5
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
100%
100%

6
Manfaat Simpanan Matang
Baki dari PIA, tolak caj-caj
Baki dari PIA, tolak caj-caj


[1] Setiap tuntutan akan mengurangkan had seumur hidup tetapi sumbangan tidak berubah. Sijil akan tamat apabila had seumur hidup telah digunakan sepenuhnya.

[2] Selepas 7 bulan mengandung

[3] Selepas 195 hari mengandung

[4] Dalam masa 30 hari selepas kelahiran.

Wednesday, October 7, 2009

Jenis - jenis kanser dan petanda , pengesahan Pakar ( wajib baca)























Mencarumlah dengan Takaful Ikhlas , jangan bertangguh lagi .

Sakit Takaful Ikhlas membantu bantu , jika sihat wang simpanan anda akan dikembalikan.

Perancangan hari ini adalah merancang demi masa depan .





PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan.

Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya.

Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya.Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.

Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.

Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.

Petanda awal ,Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.

Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara.Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor.Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser.

Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.Kanser paru-paruMajoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru.Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk.Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara.

Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam.Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.

Kanser payudara Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.

Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini.Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.

Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.

Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.Kanser usus dan rektum (kanser kolorektal)Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser.

Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).


Selain itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan.Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun.


Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.


Kanser kulit Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).


Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur.Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh.

Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.Kanser ovariRisiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.

Kanser rahimRisiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun.Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah.

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron) , tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.

Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim.Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.

Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.

Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.

“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.Kanser pangkal rahim (serviks)Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian.

Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).

Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj“Pendarahan abnormal melalui faraj“Pendarahan selepas hubungan kelaminSekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun.

Vaksin ini diberikan dalam tiga dos.Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.Kanser faraj dan vulvaKebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang“Kegatalan“Pendarahan yang abnormal“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi.

Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:-

Tidak merokok atau berhenti merokok- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans- Banyakkan makanan berserat tinggi-

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda-

Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.


Oleh Prof. Madya Dr. Shah Reza (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM))

Wednesday, August 26, 2009















IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC
(Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Pendidikan Anak)

Pelan pendidikan dan perlindungan anak ini terbuka penyertaannya kepada anak yang berumur dari 30 hari hingga 12 tahun. Maksimum penyertaan bagi pelan ini adalah sehingga anak berumur 23 tahun .

Antara manfaat pelan IKHLAS Education Takaful Classic:


Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang.


Ia adalah perancangan yang bijaksana dalam menyediakan dana pendidikan lanjut anak-anak.


Pengecualian caruman sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal menyeluruh

atau mengidap salah satu penyakit kritikal yang dilindungi.


Manfaat perlindungan peserta (anak) akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.


Jumlah sumbangan yang fleksibel. ( BERGANTUNG KEPADA KEMAMPUAN ANDA)


Pengeluaran sebahagian wang tunai.


Penambahan kadar sumbangan.


Pilihan RIDER tambahan untuk peserta (anak) seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability dll.


Pulangan pelaburan yang lebih baik.


Anugerah Kecemerlangan Akademik (RM100 bagi setiap A, dengan syarat minimum UPSR:5A, PMR:7A, SPM:7A)



Carumlah demi masa depan anak - anak anda . Jika kita sanggup ' mencarum' kepada syarikat TV berbayar hanya kerana hiburan , apakah ia berbaloi ?


HANYA RM 100.00 PULANGAN AMAT BERHARGA UNTUK ANAK -A NAK KELAK ....PERCAYALAH.....

Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Semua

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

















Pelan Simpanan & Perlindungan ini direkacipta untuk peserta berumur 30 hari hingga 60 tahun. Simpanan & perlindungan maksimum sehingga umur 75 tahun.

Antara manfaat pelan IST:


Manfaat perlindungan akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.
Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang.
Jumlah sumbangan yang fleksibel.
Pengeluaran sebahagian wang tunai.
Penambahan kadar sumbangan.
Pilihan RIDER tambahan untuk peserta seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability, waiver of contribution dll.
Pulangan pelaburan yang lebih baik.

Mencarumlah didalam pelan tabung simpanan ini , hasilnya ishaallaah akan dituai disaat anda memerlukannya.


Sebagai contoh; jika anda hanya mencarum RM 100.00 sebulan pelbagai manfaat dinikmati. Demi kebajikan anda , keluarga serta ummah .

Monday, August 10, 2009

Ibu tunggal terima cek pampasan lebih RM 36,000





Gambar hiasan tiada kaitan dengan berita



Ibu tunggal terima cek pampasan insurans lebih RM36,000

10 Aug 2009



KUANTAN 8 Ogos - Seorang ibu tunggal, Rozita Mohamed, 46, menerima pampasan insurans sebanyak RM36,094.14 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful) berikutan kematian suaminya pada 23 Mac lalu.

Ibu kepada tiga orang anak berusia 15 hingga 22 tahun itu, menerima pampasan tersebut bagi pihak suaminya, Hazmi Hamzah yang meninggal dunia akibat kerosakan hati.

Cek pampasan itu disampaikan oleh Penolong Naib Presiden Jualan Agensi Keluarga Takaful, Shamsul Bahrin Sugiman dan disaksikan oleh Pengurus Cawangan, Zainal Rahmat Md. Zain pada satu majlis di pejabat syarikat itu di Jalan Beserah di sini baru-baru ini.

Menurut Rozita, Allahyarham suaminya meninggal dunia ketika berusia 47 tahun dan bertugas sebagai anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dekat sini.

Katanya, Allahyarham yang berasal dari Seberang Marang, Terengganu tidak menyedari bahawa dia menghidap penyakit tersebut dan telah meninggal dunia selepas sebulan berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, kehilangan suaminya secara mengejut membuatkan dia dan anak-anak bagaikan hilang arah.

''Namun, saya bersyukur kerana arwah sentiasa beringat demi masa depan saya dan anak-anak dengan mencarum dengan Takaful," katanya di sini.

Sementara itu, Pengurus Agensi Insan Mesra Takaful, Azizal Ahmad berkata, pelaburan yang di buat oleh Allahyarham dapat membantu meringankan beban keluarganya.

''Justeru, menjadi tanggungjawab pihak kami untuk menyegerakan proses pembayaran kepada pencarum," katanya.


p/s Bagaimana anda sudah membuat persediaan menghadapi sebarang risiko ?

Sunday, August 2, 2009

Jururawat menghidap kanser terima RM 20,000.00 daripada Takaful Ikhlas













Jururawat menghidap kanser terima RM20,000


27 Jul 2009


DUNGUN 26 Julai - Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.


Jama'iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.


''Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.


"Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.


Jamai'yah yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Pergigian Bukit Tunggal sejak 11 tahun lalu, telah menjalani dua kali pembedahan dan kini menerima rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Ujar ibu kepada empat orang anak itu, dia telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kemoterapi dan masih berbaki dua kali rawatan.


"Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu menjalani rawatan ini dan berapa kos yang perlu ditanggung. Saya bersyukur menerima tuntutan ini," jelasnya.


Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Ikhlas Bahagian Wilayah Timur, Azhar Mohammed berkata, ini merupakan kes pertama di negeri Terengganu yang melibatkan pemberian tuntutan kepada pesakit kanser.


Jelasnya, ini kerana tidak ramai rakyat Terengganu yang mengambil insurans pelindungan.
Oleh itu, ujarnya, menerusi skim insurans yang ditawarkan oleh Takaful ikhlas itu, mereka boleh menikmati pelbagai faedah.


"Selain tanggungan perubatan, mereka juga boleh mencarum untuk simpanan," jelasnya.


Utusan Malaysia

ANDA BILA LAGI ? HUBUNGI 019 303 9645 - Kamarul Takaful Ikhlas

Tuesday, July 28, 2009

Bantuan perubatan ? hanya kad ini anda perlukan.




Mahukah anda hanya dengan sekeping kad bernilai serendah RM 257.00 setahun bersamaan RM21.42 sebulan @0.80 sehari . Segala kos rawatan dan pembedahan ditanggung oleh pihak Takaful Ikhlas .

( bergantung pada plan tertakluk syarat dan terma)*rujuk kepada polisi)

Anda hanya perlu memiliki IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL.Perlindungan dari RM 30,000.00 -RM 400,000.00 setahun .

Perlindungan dari usia 30 hari - 70 tahun .

Jangan berlengah lagi kos rawatan dan pembedahan kini terlalu tinggi .Bertindak bijaklah demi kemudahan anda dan keluarga .

Kemasukan terus kepada puluhan hospital termasuk Pakar di seluruh Malaysia .

Hubungi perunding Takaful Ikhlas anda sekarang juga .

Kamarul- 019 303 9645