Wednesday, August 26, 2009















IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC
(Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Pendidikan Anak)

Pelan pendidikan dan perlindungan anak ini terbuka penyertaannya kepada anak yang berumur dari 30 hari hingga 12 tahun. Maksimum penyertaan bagi pelan ini adalah sehingga anak berumur 23 tahun .

Antara manfaat pelan IKHLAS Education Takaful Classic:


Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang.


Ia adalah perancangan yang bijaksana dalam menyediakan dana pendidikan lanjut anak-anak.


Pengecualian caruman sekiranya pembayar meninggal dunia, hilang upaya kekal menyeluruh

atau mengidap salah satu penyakit kritikal yang dilindungi.


Manfaat perlindungan peserta (anak) akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.


Jumlah sumbangan yang fleksibel. ( BERGANTUNG KEPADA KEMAMPUAN ANDA)


Pengeluaran sebahagian wang tunai.


Penambahan kadar sumbangan.


Pilihan RIDER tambahan untuk peserta (anak) seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability dll.


Pulangan pelaburan yang lebih baik.


Anugerah Kecemerlangan Akademik (RM100 bagi setiap A, dengan syarat minimum UPSR:5A, PMR:7A, SPM:7A)



Carumlah demi masa depan anak - anak anda . Jika kita sanggup ' mencarum' kepada syarikat TV berbayar hanya kerana hiburan , apakah ia berbaloi ?


HANYA RM 100.00 PULANGAN AMAT BERHARGA UNTUK ANAK -A NAK KELAK ....PERCAYALAH.....

Pelan Perlindungan Beserta Simpanan Berlandaskan Syariah Untuk Semua

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL

















Pelan Simpanan & Perlindungan ini direkacipta untuk peserta berumur 30 hari hingga 60 tahun. Simpanan & perlindungan maksimum sehingga umur 75 tahun.

Antara manfaat pelan IST:


Manfaat perlindungan akibat kematian & hilang upaya kekal menyeluruh.
Manfaat simpanan pada akhir tempoh matang.
Jumlah sumbangan yang fleksibel.
Pengeluaran sebahagian wang tunai.
Penambahan kadar sumbangan.
Pilihan RIDER tambahan untuk peserta seperti term, critical illness, hospital benefit, accidental death & disability, waiver of contribution dll.
Pulangan pelaburan yang lebih baik.

Mencarumlah didalam pelan tabung simpanan ini , hasilnya ishaallaah akan dituai disaat anda memerlukannya.


Sebagai contoh; jika anda hanya mencarum RM 100.00 sebulan pelbagai manfaat dinikmati. Demi kebajikan anda , keluarga serta ummah .

Monday, August 10, 2009

Ibu tunggal terima cek pampasan lebih RM 36,000





Gambar hiasan tiada kaitan dengan berita



Ibu tunggal terima cek pampasan insurans lebih RM36,000

10 Aug 2009



KUANTAN 8 Ogos - Seorang ibu tunggal, Rozita Mohamed, 46, menerima pampasan insurans sebanyak RM36,094.14 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful) berikutan kematian suaminya pada 23 Mac lalu.

Ibu kepada tiga orang anak berusia 15 hingga 22 tahun itu, menerima pampasan tersebut bagi pihak suaminya, Hazmi Hamzah yang meninggal dunia akibat kerosakan hati.

Cek pampasan itu disampaikan oleh Penolong Naib Presiden Jualan Agensi Keluarga Takaful, Shamsul Bahrin Sugiman dan disaksikan oleh Pengurus Cawangan, Zainal Rahmat Md. Zain pada satu majlis di pejabat syarikat itu di Jalan Beserah di sini baru-baru ini.

Menurut Rozita, Allahyarham suaminya meninggal dunia ketika berusia 47 tahun dan bertugas sebagai anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran dekat sini.

Katanya, Allahyarham yang berasal dari Seberang Marang, Terengganu tidak menyedari bahawa dia menghidap penyakit tersebut dan telah meninggal dunia selepas sebulan berada dalam keadaan kritikal.

Beliau berkata, kehilangan suaminya secara mengejut membuatkan dia dan anak-anak bagaikan hilang arah.

''Namun, saya bersyukur kerana arwah sentiasa beringat demi masa depan saya dan anak-anak dengan mencarum dengan Takaful," katanya di sini.

Sementara itu, Pengurus Agensi Insan Mesra Takaful, Azizal Ahmad berkata, pelaburan yang di buat oleh Allahyarham dapat membantu meringankan beban keluarganya.

''Justeru, menjadi tanggungjawab pihak kami untuk menyegerakan proses pembayaran kepada pencarum," katanya.


p/s Bagaimana anda sudah membuat persediaan menghadapi sebarang risiko ?

Sunday, August 2, 2009

Jururawat menghidap kanser terima RM 20,000.00 daripada Takaful Ikhlas













Jururawat menghidap kanser terima RM20,000


27 Jul 2009


DUNGUN 26 Julai - Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.


Jama'iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.


''Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.


"Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.


Jamai'yah yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Pergigian Bukit Tunggal sejak 11 tahun lalu, telah menjalani dua kali pembedahan dan kini menerima rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Ujar ibu kepada empat orang anak itu, dia telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kemoterapi dan masih berbaki dua kali rawatan.


"Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu menjalani rawatan ini dan berapa kos yang perlu ditanggung. Saya bersyukur menerima tuntutan ini," jelasnya.


Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Ikhlas Bahagian Wilayah Timur, Azhar Mohammed berkata, ini merupakan kes pertama di negeri Terengganu yang melibatkan pemberian tuntutan kepada pesakit kanser.


Jelasnya, ini kerana tidak ramai rakyat Terengganu yang mengambil insurans pelindungan.
Oleh itu, ujarnya, menerusi skim insurans yang ditawarkan oleh Takaful ikhlas itu, mereka boleh menikmati pelbagai faedah.


"Selain tanggungan perubatan, mereka juga boleh mencarum untuk simpanan," jelasnya.


Utusan Malaysia

ANDA BILA LAGI ? HUBUNGI 019 303 9645 - Kamarul Takaful Ikhlas