Wednesday, January 21, 2009

Perbezaan diantara Takaful dan Insurans

Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insuran adalah dari segi Pelaburan dan konsep penjaminan .Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang diterima daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh syariah.

Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta - peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi kalangan para peserta itu sendiri .

Segala bayaran yang dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul.Sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta - peserta takaful.

Konsep ini berbeza daripada syarikat insuran konvensional dimana syarikat insuran itu sendiri yang menjamin peserta - peserta insurans.

Sistem saling bantu - membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan syariah.Apa yang membezakannya ialah
wujudnya unsur - unsur yang merosakkan kontrak tersebut.

Ulama telah sepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkinan bencana. Ini boleh diselaraskan dengan kehendak syariah melalui TAKAFUL .

Sidang pembaca sekalian kenapa masih membungkam ? bukankah sudah terbukti kini dengan kegawatan ekonomi dan keruntuhan sistem kewangan konvensional adalah dalil tentang keutuhan sistem yang diasaskan oleh ISLAM ?

HALAL DAN HARAM BUKAN SEKADAR MAKAN DAN MINUM !

FIKIR - FIKIRKANLAH....SELAMAT BERAMAL...

No comments:

Post a Comment