Sunday, August 2, 2009

Jururawat menghidap kanser terima RM 20,000.00 daripada Takaful Ikhlas













Jururawat menghidap kanser terima RM20,000


27 Jul 2009


DUNGUN 26 Julai - Seorang jururawat yang menghidap kanser usus terharu apabila menerima tuntutan insurans yang dicarum sejak 2006 sebanyak RM 20,000 daripada Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.


Jama'iyah Ismail, 37, yang disahkan mengidap penyakit tersebut Mac lalu gembira apabila tuntutan insuransnya ditunaikan setelah sekian lama menanti.


''Memandangkan saya bekerja di jabatan kerajaan, tiada masalah untuk menanggung kos perubatan namun saya terpaksa memperuntukkan wang untuk membeli makanan tambahan yang agak mahal.


"Jadi peruntukan yang diperoleh ini akan membantu kos perubatan sampingan saya selain boleh digunakan untuk menanggung keluarga,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan wang caruman tersebut di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini petang semalam.


Jamai'yah yang bekerja sebagai jururawat di Klinik Pergigian Bukit Tunggal sejak 11 tahun lalu, telah menjalani dua kali pembedahan dan kini menerima rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.


Ujar ibu kepada empat orang anak itu, dia telah menjalani sebanyak enam kali rawatan kemoterapi dan masih berbaki dua kali rawatan.


"Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu menjalani rawatan ini dan berapa kos yang perlu ditanggung. Saya bersyukur menerima tuntutan ini," jelasnya.


Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Ikhlas Bahagian Wilayah Timur, Azhar Mohammed berkata, ini merupakan kes pertama di negeri Terengganu yang melibatkan pemberian tuntutan kepada pesakit kanser.


Jelasnya, ini kerana tidak ramai rakyat Terengganu yang mengambil insurans pelindungan.
Oleh itu, ujarnya, menerusi skim insurans yang ditawarkan oleh Takaful ikhlas itu, mereka boleh menikmati pelbagai faedah.


"Selain tanggungan perubatan, mereka juga boleh mencarum untuk simpanan," jelasnya.


Utusan Malaysia

ANDA BILA LAGI ? HUBUNGI 019 303 9645 - Kamarul Takaful Ikhlas

Tuesday, July 28, 2009

Bantuan perubatan ? hanya kad ini anda perlukan.




Mahukah anda hanya dengan sekeping kad bernilai serendah RM 257.00 setahun bersamaan RM21.42 sebulan @0.80 sehari . Segala kos rawatan dan pembedahan ditanggung oleh pihak Takaful Ikhlas .

( bergantung pada plan tertakluk syarat dan terma)*rujuk kepada polisi)

Anda hanya perlu memiliki IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL.Perlindungan dari RM 30,000.00 -RM 400,000.00 setahun .

Perlindungan dari usia 30 hari - 70 tahun .

Jangan berlengah lagi kos rawatan dan pembedahan kini terlalu tinggi .Bertindak bijaklah demi kemudahan anda dan keluarga .

Kemasukan terus kepada puluhan hospital termasuk Pakar di seluruh Malaysia .

Hubungi perunding Takaful Ikhlas anda sekarang juga .

Kamarul- 019 303 9645

Monday, July 27, 2009

Apakah yang kita sediakan untuk anak - anak dan keluarga , ketika kita ' tiada ' ?






Kami di Takaful Ikhlas menyediakan pelbagai manfaat , sekiranya anda ditimpa kemalangan atau saat yang tidak terduga antaranya;

1. Dana "perlindungan hutang " jika meninggal dunia .
2.Dana lumpuh atau hilang upaya kekal.
3.Dana 40 penyakit Kritikal ( dibayar sekaligus)
4.Dana akibat kemalangan (meninggal/lumpuh/% cacat)
5.Elaun Harian Hospital ( dibayar mengikut bilangan hari didalam wad)

6.Khairat Kematian ( dibayar 24 jam)

7.Wang simpanan anda

8.Pengecualian bayaran akibat sakit kritikal
(bayaran bulanan akan dibayar sehingga matang akibat 39 penyakit kritikal)
9.Pelepasan Cukai Pendapatan.

10.Anda dapat beramal jariah


Kenapa berlengah lagi ?

Wednesday, June 3, 2009

Ikhlas Wanita Takaful : Penghargaan untuk kaum wanita .

















(Sekadar hiasan hebatnya wanita)


Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang .



Kami di Takaful Ikhlas telah menghasilkan IKHLAS WANITA TAKAFUL sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik .



Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga , adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin .



Ikhlas Wanita Takaful telah dirangka istimewa buat kaum Hawa yang berumur diantara 16 - 50 tahun dengan 4 pelan yang berbeza . Agar dapat diselaraskan dengan keperluan kehidupan yang berbeza .



PELAN : A

HAD SEPANJANG HAYAT : RM 50,000.00


KRITERIA : Dengan Faedah Mengandung *


PELAN :B


HAD SEPANJANG HAYAT : RM 100,000.00


KRITERIA : Dengan faedah mengandung *

PELAN : C


HAD SEPANJANG HIDUP : RM 50,000.00


KRITERIA : Tanpa faedah mengandung *


PELAN : D


HAD SEPANJANG HIDUP :RM 100,000.00


KRITERIA : Tanpa faedah mengandung *


*Faedah mengandung bermaksud , faedah komplikasi kehamilan dan penyakit kongenital bayi


MANFAAT LAIN YANG DITAWARKAN KEPADA WANITA ?


1. PERLINDUNGAN TERHADAP PENYAKIT KANSER KHUSUS BAGI WANITA DAN PENYAKIT WANITA YANG LAIN .



  • Buah dada


  • Serviks uterus


  • Uterus


  • Ovari


  • Tiub fallopio


  • Vagina dan vulva



Tambahan kepada penyakit & kecederaan yang lain pula adalah ;

  • Penyakit SLE ( dengan Lupus Nefritis )


  • Atritis Reumatoid dengan komplikasi


  • Pembedahan Rekonstruktif Muka / Plastik surgery akibat kemalangan .


  • Pengrafan Kulit akibat lecuran & kanser kulit.


  • Karsinoma- in -situ wanita /penyakit pra kanser ( hanya dilindungi oleh takaful ).


  • Pembentukan semula Buah Dada akibat kemalangan .
Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) sila rujuk terma & syarat


3.Faedah Hayat


Takaful Ikhlas akan membayar sesuatu peratusan kepada peserta jika berlakunya ;

  • Perkahwinan ( wow!! kawin pun dapat duit )

  • Kelahiran anak ( perrgghh !! anak dapat duit pun dapat )

  • Kematian Suami .

  • Dibuang kerja ( ok letu ...boleh buat belanja cari kerja lain )


Dan pelbagai lagi manfaat lain untuk maklumat lanjut hubungi ;



Kamarul Takaful Ikhlas - 019 303 9645



Lawati : http://kamarulbiz.blogspot.com/



Tuesday, June 2, 2009

Makan sosej tingkat risiko barah usus





















Berita Harian, 1 Apr 2008


LONDON: Yayasan Tabung Penyelidikan Barah Sedunia (WCRF) memberi amaran bahawa amalan memakan satu sosej atau tiga kepingan daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus sebanyak 20 peratus. Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, amaran itu membabitkan pengambilan kira-kira 50 gram daging diproses, setiap hari.

Orang ramai sememangnya dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses. “Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lainnya,” kata Prof Martin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.



Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang menghidap barah usus dan kira-kira 16,000 orang mati akibatnya, setahun. Di Britain, hampir setiap 100 kes baru barah usus dikesan setiap tahun.

Dr Wiseman berkata hampir separuh ancaman barah dapat dielakkan jika individu mengamalkan cara hidup sihat termasuk pemakanan atau diet lebih seimbang, menggunakan krim anti sinaran matahari, tidak merokok dan pengambilan arak.

Yayasan itu juga menegaskan, lebih banyak usaha perlu dibuat bagi mengetengahkan amaran risiko barah dihadapi mereka yang suka makan daging. Kerajaan Britain misalnya sudah memperkenalkan program saringan barah usus membabitkan pemeriksaan setiap dua tahun sekali kepada lelaki dan wanita berusia 60-69 tahun.

Namun, pakar menganggap barah usus lebih mudah dikawal berbanding barah lain biarpun ia menjadi punca kematian kedua selepas barah paru-paru. Pada Oktober lalu, laporan WCRF menyatakan daging merah dan daging yang diproses sememangnya ada kaitan jelas dengan barah usus. - Agensi



SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPI SEBARANG RISIKO PENYAKIT ?

Lawati : http://kamarulbiz.blogspot.com

UNTUK MAKLUMAT KEMUDAHAN RAWATAN , PERUBATAN , TABUNGAN KEWANGAN DISAAT KITA MEMERLUKAN !

Jangan berlengah lagi !

Sunday, March 15, 2009

Hanya 35 % rakyat malaysia mempunyai perlindungan insuran/ takaful


















"statistik menunjukkan kira - kira 35 % sahaja rakyat malaysia yang mempunyai perlindungan insurans / takaful . Ini bermakna sekurang - kurangnya 65 % rakyat negara ini terdedah kepada risiko ".


Anda bagaimana ? sudahkah anda memiliki polisi takaful ikhlas ?


Jangan berlengah lagi ! Kini kos perubatan terlalu tinggi jika anda gagal menyediakan kemudahan itu anda akan menyesal kelak .


Takaful ikhlas menyediakan pelan perlindungan 40 penyakit kritikal .



  1. strok/angin ahmar
  2. serangan sakit jantung
  3. penyakit arteri yang memerlukan pembedahan
  4. lain - lain penyakit arteri koronari yang serius
  5. arterektomi koronari
  6. pengantian injap jantung
  7. pembedahan Aorta
  8. koma
  9. Hipertensi Arteri Pulmonari utama
  10. ketumbuhan otak tidak merebak
  11. penyakit radang otak
  12. Meningitis Bakteria
  13. kerosakan buah pinggang
  14. penyakit sista medula
  15. Lupus Erythematosus dengan Lupus Nephritis
  16. penyakit hati / Heper kronik
  17. Hepatitis virus Fulminan
  18. penyakit paru - paru kronik
  19. pemindahan organ utama
  20. kanser
  21. Anaemia Aplastik
  22. Penyakit Neuron motor
  23. penyakit parkinson
  24. penyakit Alzheimer/ kepincangan rosotan otak organik yang tidak boleh sembuh
  25. sindrom Apalik
  26. Distrofi otot
  27. Skelerosis berbilang
  28. polio / poliomielitis
  29. AIDS akibat pemindahan darah
  30. penyakit yang boleh membawa maut
  31. Buta
  32. melecur teruk
  33. kehilangan daya pertuturan
  34. kehilangan daya pendengaran / pekak
  35. kehilangan daya untuk berdikari
  36. lumpuh/ paraplegia
  37. kecederaan teruk kepala
  38. kardiomiopati
  39. pembedahan otak
  40. manfaat hilang upaya menyeluruh dan kekal.



Monday, February 16, 2009

Soalan popular tentang Takaful ( wajib baca )

Berikut adalah soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh orang-ramai berkaitan Takaful:


1. Apakah maksud TAKAFUL?


Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama.


Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu.

Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.

Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.

Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram.


2. Apakah perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu halal?


Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah).

Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:- "Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13)


Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepadamaslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured). Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan insurans.


3. Mengapa insurans konvensional diharamkan?


Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-[a] Gharar''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri.

Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.

Ayat Quran yang bermaksud:- "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)

Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita.

Antaranya:-

i. Gharar di dalam hasil pertukaranApabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut

ii. Gharar di dalam kadar pampasanDi dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.


iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaranBila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima.

Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masaMengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

[b] Maisir

'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan


.[c] Riba

'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'.

Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam.

Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta.

Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.


4. Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?

  1. Takaful :
  • pematuhan kepada hukum syarak
  • kontrak urusniaga adalah berdasrkan akad tabarruq , mudharabah dan wakalah.
  • pengendali merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta
  • peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama kerjasama dan tabarruq
  • Bebas riba , gharar dan maisir ( judi)
  • Adanya Majlis Pengawasan Syariah
  • Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada mudharabah atau yuran prestasi pelaburan.

2. Insurans konvensional

  • TIDAK MEMATUHI SYARAK
  • kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli.
  • syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta.
  • syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor - faktor komersial
  • Banyak unsur - unsur riba , gharar dan maisir ( judi )
  • TIADA PENGAWASAN SYARIAH
  • keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat.



6. Apakah keindahan Takaful?

Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka.

Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.


7. Apakah itu Al-Wakalah?

Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau . Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini , dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni (TAP).

(Dipetik dari laman web rasmi Takaful IKHLAS Sdn Bhd)